14 April 2014

BAHANG KEPANASAN ISU KETUA KAMPUNG

LUMUT – 13 April 2014 – Perlantikan Ketua Kampung masih hangat diperkatakan oleh kebanyakan kampung yang rasa tidak puas hati dengan perlantikan yang telah direstui oleh Menteri Besar Perak.

Tidak ketinggalan dengan Bahagian Lumut  ini iaitu di Kampung Sitiawan telah berlaku satu Demonstrasi tunjuk perasaan dan telah membuat sidang akhbar bersama Sinar, sebaik sahaja selepas Mesyuarat Cawangan Kampung Sitiawan bersidang.

Dari sumber yang pasti Mantan Ketua Kampung bersama AJK JKKK kampung tersebut merasa tidak puas hati diatas perlantikan ketua kampung yang baru disebabkan beliau bukan anak tempatan dan perlantikan tersebut tidak mengikut nama yang telah dicadangkan/senarai oleh penduduk kampung.

Mereka merasa amat kecewa sehingga ujudnya kain rentang dimerata tempat dikampung dengan slogan

1. " Kami tidak sokong ketua kampung baru. bukan pilihan kami, pilihan UMNO Bahagian Lumut & bukan anak tempatan Kg Sitiawan".

2. " Kami mahu Ketua Kampung baru anak tempatan"

3. " Ketua Kampung baru bukan calon kami dan bukan anak tempatan".

4. " Pemuda tolak Ketua Kampung baru, bukan anak tempatan  & bukan pilihan pemuda cawangan. pilihan UMNO Bahagian Lumut".

Ini amat membimbangkan kerana peti undi untuk Daerah Mengundi Kg Sitiawan tewas kepada pembangkang (PAS) pada PRU 13 yang lalu dan ianya akan meninggalkan kesan yang buruk lagi apabila Mantan Ketua Kampung (merupakan Ketua Cawangan) menyatakan hasrat hati nya bersama AJK JKK untuk membubarkan cawangan mereka kerana UMNO Bahagian Lumut masih berdiam diri setelah berlakunya kontrovesi  ini, seolah-olah perkara ini tidak mendatangkan kemusnahan UMNO Bahagian Lumut sendiri.

Menurut Mantan Ketua Kampung, beliau tidak menyalahkan ketua UMNO Bahagian Lumut merangkap Menteri Besar Perak tetapi rasa kecewa dengan pihak pengurusan di Bahagian Lumut itu sendiri kerana tidak berbincang dengan penduduk Kampung beliau untuk mendapat restu dan persetujuan, dimana mereka juga telah mencalonkan 2 orang penduduk anak tempatan sebagai Ketua Kampung sebaliknya UMNO Bahagian Lumut telah melantik orang yang bukan penduduk tempatan yang tiada dalam senarai.

Tegas beliau lagi ” Sekiranya Menteri Besar tidak bertindak untuk menyelesaikan masalah dan pergolakan ini, saya dan AJK JKKK sanggup untuk membubarkan UMNO Cawangan ini”
Kata-kata ini telah disokong oleh ahli mesyuarat Cawangan Kg Sitiawan.
 
Beliau mohon supaya dibuat undian di Kampung Sitiawan untuk lantikan semula seandainya UMNO Bahagian Lumut ini TELUS.

Ujud nya kebimbangan dimana Daerah Mengundi Kg Sitiawan ini adalah berstatus Hitam. Peti Undi kalah dengan majoriti 375 dimana PAS telah berjaya menawan dengan 1,940 undi berbanding dengan BN 1,565 undi.

Krisis yang demikian tidak boleh dipandang mudah kerana dikuatiri pihak pembangkang mengambil kesempatan diatas kelemahan pihak pengurusan di peringkat UMNO Bahagian Lumut. 

No comments:

Post a Comment