22 April 2014

Proses Pembangunan Bandar Lumut

LUMUT- 20/04/2014  Kerajaan Perak Mahu Penglibatan Wakil TLDM Dalam Proses Pembangunan Bandar Lumut:- DSD Dr Zambry Abdul Kadir

"Sebarang permohonan untuk membangunkan apa-apa bentuk bangunan atau perumahan di Lumut hendaklah memasukan wakil daripada TLDM di dalamnya," kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Menurut beliau, aspek berkenaan amat penting kerana kerajaan negeri bimbang sekiranya perkara-perkara yang tidak sewajarnya berlaku dikawasan berkenaan.

Atas dasar itu jelas beliau, pandangan daripada wakil TLDM amat penting dalam proses pembangunan di bandar Lumut.

"Berkaitan dengan pembangunan sepanjang yang dipanggil Lumut Esplanade ini yang telahpun menjadi sebahagian daripada pelan perancangan bandar Lumut dengan sebaik-baiknya.

"Saya telah meminta kepada pihak Majlis Perbandaran Manjung untuk memasukkan wakil TLDM untuk pembangunan bandar Lumut ini.

"Dan sekarang kita sudah ada Ahli Majlis Perbandaran Manjung daripada TLDM," katanya pada sidang media di Majlis Program Jiwa Murni Pembersihan Lumut Bandar Tentera Laut dan Pertunjukan Pancaragam Sempena Sambutan Lumut Bandar Tentera Laut di Dataran Putra, Lumut.

Zambry menambah, kerajaan negeri bimbang wujudnya kesan-kesan sampingan sekiranya pandangan dari pihak TLDM tidak diambil kira.

Katanya lagi, sebagai kawasan yang telah digazetkan sebagai Bandar Maritim, maka bandar Lumut perlu dipelihara dalam pelbagai aspek.

 
 "Satu lagi saya minta untuk pembangunan di kawasan ini dapat dimasuk sebarang projek kerana saya tidak mahu mengulangi perkara-perkara yang tidak sewajarnya berlaku dan pandangan dari TLDM tidak diambil kira.

"Dan ini menyebabkan ada kesan-kesan hidrografi dan kesan lain yang tidak baik bukan hanya kepada alam sekitar tetapi juga kesan kepada keselamatan di sini.

"Kita perlu sensitif dengan kawasan Lumut ini kerana ia merupakan kawasan pertahanan negara yang melibatkan TLDM sebab itu saya memandang serius," katanya lagi.

No comments:

Post a Comment