9 June 2016

BADUT POLITIK

Bila pemimpin Pas berpakaian seperti pahlawan Melayu. Mereka berbangga mengenakan pakaian tersebut. Tetapi Pas dituduh mengikut rentak UMNO. Jangan lupa Pas juga parti Melayu dan 99.9 peratus ahlinya adalah orang Melayu, oleh itu salahkah jika Pas berpakaian sedemikian?

SOAL pakaian Pas itu sengaja dijadikan isu politik kerana mahu mengaitkan Pas dengan UMNO; dengan berharap Pas akan ditolak oleh orang Melayu yang tidak suka kepada UMNO. Sekarang ini semua orang tahu bagaimana gelagat segelintir pemimpin-pemimpin PAN yang sanggup menjadi ‘pengampu’ kepada pemimpin-pemimpin PKR dan DAP.

PEMIMPIN-pemimpin PAN tidak harus melupakan ketika berada dalam Pas mereka begitu teruja mengikut rentak politik PKR dan DAP. Sikap mereka tidak mencerminkan keperibadian seorang pemimpin sebuah parti yang memperjuangkan Islam pun.

PAN cuba mengalihkan isu kerana mereka tidak ada jawapan terhadap dakwaan bahawa PAN hanya menjadi alat kepada DAP atau bakal menjadi ‘kuda tunggangan’ terbaharu DAP. Parti itu cuba membuktikan bahawa mereka ‘rakan kongsi bernilai’. Percayalah  PAN tidak akan mendatangkan apa-apa keuntungan politik malah ia hanya menam­pakkan kejahilan PAN berpolitik.

HINGGA ke hari ini, pemimpin PAN ya­ng bergelar ‘Yang Berhormat’ ti­dak mempunyai keberanian untuk meletakkan jawatan bagi mem­bolehkan rakyat membuat penentuan apakah keputusan me­reka memilih ‘Yang Berhormat’ itu ada nama individu atau parti.

PEMIMPIN PAN mahu terus menjadi ‘badut politik’. Mereka lupa  Bai’ah yang melibatkan mereka sebelumnya ini. Walaupun tiada kaitan dengan kontrak perjanjian undang-undang. Cuma apabila mereka langgar bai’ah, kesannya adalah dari segi moral dan akhlak.

MEREKA diangkat sebagai pendukung parti dikatakan beramanah, tetapi mereka sendiri langgar perjanjian, jadi dari segi moralnya jatuh. Kemudian kesan lainnya ialah di akhirat kelak, sebab bai’ah melibatkan Allah sebagai saksi!

Dah berjanji dengan......

No comments:

Post a Comment