22 August 2016

Nizar masih nak berselindung disebalik mohon maaf pasal ceramahnya yang cetus kontroversi

Siapa saja yang mendengar keseluruhan ucapan , bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin masa ceramahnya di Lembah Sayong,Kuala Kangsar Selasa lalu  dapat mendengar dengan jelas kata-katanya  yang mengurus hati keluarga Allayarhanm Datuk Wan Khairil Anuar.

Kata-katanya termasuk mengambarkan Datin Mastura Yazid seolah dipaksa oleh UMNO bertanding ketika kesedihan kematian suami dan "Allah mahu orang Kuala Kangsar 'mengajar'  BN menerusi PRK Kuala Kangsar’ ekoran tragedy nahas helikopter tidak boleh dipadam begitu saja.

Nizar Khamis keluar kenyataan memohon maaf sekiranya kata-katanya di ceramah itu gurus hari keluarga Alahyarham bekas Ahli Parlimen Kuaka Kangsar setelah dikecam pelbagai pihak.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jering itu, bagaimanapun, tetap menyalahkan media yang didakwa menyalahtafsir ucapannya.

Beliau beri alasan "Dalam muqadimah ceramah tersebut, saya telah meminta hadirin membaca surah Al-Fatihah untuk disedekah kepada Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.

"Saya juga dengan panjang lebar telah mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat serta dikurniakan kesabaran dan kekuatan iman kepada seisi keluarga.

"Namun, laporan media keesokkannya telah sengaja membuat telahan dan tohmahan dan andaian yang salah dan jauh terbabas dari niat dan maksud sebenar."

Beliau jelas cuba sulam ‘ naiwaitu politik’ dicelah konon luahan simpati itu.

Soalnya kenapa beliau cuba cetus keraguan mengenai pemilihan Mastura bertanding serta membangkitkan seolah tragedi nahas helikopter satu ketentuan untuk tujuan politik bagi ‘mengajar’ BN menerusi dua pilihanraya kecil di Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Jika beliau berniat ikhlas beliau sepatutnya menyuarakan simpati itu tanpa mengaitkan apa yang bernada politik.

Turut hadir di ceramah yang tidak ramai dihadiri orang malam itu ialah Presiden Amanah Mat Sabu.

Nizar, yang juga Timbalan Pengerusi Amanah Perak, berkata permohonan maaf itu adalah tidak bersyarat dan ia merupakan tanda keluruhan hati beliau yang bersimpati atas ketentuan Allah.

"Sebagai seorang suami dan bapa saya juga dapat merasai dan menjiwai serta merasakan kesedihan yang teramat sangat yang ditanggung oleh seisi keluarga," katanya.

Sementara itu Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berkata Nizar  perlu membuktikan beliau ikhlas meminta maaf kepada keluarga Allahyarham Wan Mohamad Khairi-il Anuar  Wan Ahmad  bukannya menyalahkan media kononnya tersalah lapor kenyataannya berhubung tragedi yang menimpa bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar itu.

Katanya adalah sesuatu yang baik apabila individu yang berbuat salah memohon maaf tetapi apabila menyalahkan pihak lain pula, ia membuka cerita baharu.

Menurut Razali sebagai orang Islam, adalah tidak patut perkara berkaitan Qada dan Qadar Tuhan dijadikan bahan kempen.

“Manusia kalau dah terlebih seronok, kerja Tuhan pun dia nak buat. Sepatutnya kita kena ambil ikhtibar mengenai Qada dan Qadar dan sebab sebaliknya sesuatu yang berlaku,” katanya kepada media di majlis makan durian di PDM Kampung Talang Masjid, Kuala Kangsar Khamis.

Mengulas lanjut, Razali berkata, Nizar sepatutnya berpegang kepada peribahasa, terlajak perahu dapat undur, terlajak kata buruk padahnya.

“Saya tengok (rakaman) ceramah itu walaupun tidak ada di situ, saya rasa semua orang tahu dan dengar apa beliau cakap. Kalau sudah minta maaf, tunjuk keikhlasan tetapi maaf bersyarat dengan menyalahkan media pula, ianya tidak akan menyelesaikan masalah,” ujarnya.

Beliau berkata, Nizar patut fikir hati dan perasaan mangsa dan insiden itu bukan ujian kepada Barisan Nasional (BN) tetapi juga boleh berlaku kepada PAS dan PAN.

PRK Kuala Kangsar akan diadakan pada 18 Jun ini berikutan kematian Anggota Parlimennya Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas.

SENARIO BN MASAKINI

ADA BERANI!

SENARIO menunjukkan BN yang dipimpin Datuk Seri Najib tidak tergugat meskipun Perdana Menteri itu dibelenggu dengan isu khususnya; 1MDB. Dilihat kecenderungan dan kecondongan para pengundi di negara ini pada kerajaan BN adalah banyak dari pengundi kampung.

PENGARUH undi mereka lebih besar daripada pengundi bandar untuk BN/UMNO. Pengundi kampung payah untuk ‘hadam’ dengan cerita DoJ Amerika Syarikat yang dikaitkan dengan 1MDB.  Isu itu tidak ‘dekat’ dengan kehidupan mereka.

KELIHATAN sekarang ini parti pembangkang dalam keadaan kucar-kacir tambahan de­ngan ujudnya parti baru. Parti baru itu agak payah untuk menghubungkan Dr. Mahathir dengan Dr. Wan Azizah; kerana Dr.Mahathir pernah ‘menyumbat’ suami Presiden PKR itu ke dalam penjara. Wan Azizah pun cuba mengelak daripada hadir dalam majlis melibatkan Dr. Mahathir, kecuali jika program diadakan oleh Muhyiddin.

CABARAN pembangkang sekarang ini ialah soal pembahagian kerusi. Apakah PKR dan PAN sanggup untuk memberikan kawasan mereka kepada parti yang baru ditubuhkan itu? Di kawasan-kawasan tertentu Pas masih mempunyai pengaruh, dan jika parti pembangkang tidak mencapai kata sepakat, maka lebih banyak kawasan menyaksikan pertembungan tiga atau empat penjuru, sekali gus memberi kelebihan kepada BN khasnya UMNO.

DALAM pertandingan melibatkan beberapa penjuru, pengundi Cina dilihat cenderung beralih kepada BN seperti PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar baru-baru ini. Parti PKR pun tidak sokong DAP untuk adakan pilihan raya Pulau Pinang, kerana parti itu risau akan kalah di tangan UMNO. PKR tahu mereka tidak mendapat banyak sokongan dari kawasan kampung. Hubungan PKR dengan DAP kini pun kian renggang.

ADA YANG DAH TAKUT!

9 June 2016

BADUT POLITIK

Bila pemimpin Pas berpakaian seperti pahlawan Melayu. Mereka berbangga mengenakan pakaian tersebut. Tetapi Pas dituduh mengikut rentak UMNO. Jangan lupa Pas juga parti Melayu dan 99.9 peratus ahlinya adalah orang Melayu, oleh itu salahkah jika Pas berpakaian sedemikian?

SOAL pakaian Pas itu sengaja dijadikan isu politik kerana mahu mengaitkan Pas dengan UMNO; dengan berharap Pas akan ditolak oleh orang Melayu yang tidak suka kepada UMNO. Sekarang ini semua orang tahu bagaimana gelagat segelintir pemimpin-pemimpin PAN yang sanggup menjadi ‘pengampu’ kepada pemimpin-pemimpin PKR dan DAP.

PEMIMPIN-pemimpin PAN tidak harus melupakan ketika berada dalam Pas mereka begitu teruja mengikut rentak politik PKR dan DAP. Sikap mereka tidak mencerminkan keperibadian seorang pemimpin sebuah parti yang memperjuangkan Islam pun.

PAN cuba mengalihkan isu kerana mereka tidak ada jawapan terhadap dakwaan bahawa PAN hanya menjadi alat kepada DAP atau bakal menjadi ‘kuda tunggangan’ terbaharu DAP. Parti itu cuba membuktikan bahawa mereka ‘rakan kongsi bernilai’. Percayalah  PAN tidak akan mendatangkan apa-apa keuntungan politik malah ia hanya menam­pakkan kejahilan PAN berpolitik.

HINGGA ke hari ini, pemimpin PAN ya­ng bergelar ‘Yang Berhormat’ ti­dak mempunyai keberanian untuk meletakkan jawatan bagi mem­bolehkan rakyat membuat penentuan apakah keputusan me­reka memilih ‘Yang Berhormat’ itu ada nama individu atau parti.

PEMIMPIN PAN mahu terus menjadi ‘badut politik’. Mereka lupa  Bai’ah yang melibatkan mereka sebelumnya ini. Walaupun tiada kaitan dengan kontrak perjanjian undang-undang. Cuma apabila mereka langgar bai’ah, kesannya adalah dari segi moral dan akhlak.

MEREKA diangkat sebagai pendukung parti dikatakan beramanah, tetapi mereka sendiri langgar perjanjian, jadi dari segi moralnya jatuh. Kemudian kesan lainnya ialah di akhirat kelak, sebab bai’ah melibatkan Allah sebagai saksi!

Dah berjanji dengan......

7 June 2016

4 PENJURU.. WANITA MENJADI PILIHAN ORG KUALE

BN memang boleh menang di Sungai Besar berdasarkan jumlah undi kaum Melayu yang tinggi. Tapi  khabarnya Gerakan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) bakal meletakkan calonnya pada 5  haribulan nanti.

UNDI kaum Cina hampir pasti sebahagian besarnya menjadi milik PAN. Peluang untuk Barisan Nasional mengekalkan kerusi Sungai Besar agak rumit. Sedang Barisan Nasional dan PAS berada di “kolam” yang sama, penyertaan GKCM tentunya akan menyebabkan undi Melayu pecah kepada 4 blok - BN, Pas, PAN dan GKCM!

GKCM cukup sinonim dengan Mahathir; tidak mustahil jika pengundi Sungai Besar bakal menyaksikan Mahathir membantu calon GKCM.  Maka akan benarlah  berlaku persaingan 4 penjuru nanti.

GKCM tentunya sedar, bahawa peluang untuk mereka menang di Sungai Besar amatlah tipis. Namun, seperti apa yang dimahukan oleh Mahathir, Barisan Nasional perlu dikalahkan di dua pilihan raya kecil yang bakal berlangsung.

LAIN pula cerita PRK di Kuala Kangsar. Faktor pengundi2 wanita menjadi sandaran. Datin Mastura mempunyai ciri-ciri karektor diri yang sangat kuat. Ianya dikongsi dengan kekuatan jentera dan pengundi2 wanita sangat tinggi di sana.

DATIN Mastura dikenali sebagai wanita yang outgoing dan ramah dan professional serta mudah mesra dengan para pengundi Kuala Kangsar. UMNO tidak membuat pilihan yang salah dan UMNO tidak bermain dengan politik dinasti lakibini.

FAKTOR tarikan Datin Mastura ialah elemen kekuatan engagementnya dengan akar umbi Kuala Kangsar dan politik arwah suaminya. Datin Mastura ada mempunyai kelebihan dari segi akademik lulusan undang2. Pilihan Datin Mastura sangat tepat.

WANITA pilihan orang Kuale.

DULU LAIN SEKARANG LAIN

DULU Pas bertanding di bawah pakatan pembangkang. Begitu juga PKR yang bertanding dibantu oleh Pas dan DAP. Apabila Pas melawan BN tanpa PKR atau DAP keadaan menjadi lain. Peluang Pas untuk menang tidaklah mudah kerana sokongan terhadap Pas tidak semacam PRU13.

KALI ini PAN tajaan DAP ingin ditampilkan sebagai pengganti Pas. Dendam PAN kepada Pas amat luar biasa dan begitulah sebaliknya. Tujuannya bukan hendak menang pilihan raya tetapi sekadar untuk mengukur baju sendiri.

PAN akan dapat undi daripada orang Pas yang sudah bersama dengan PAN dan undi DAP. PKR mungkin berkecuali di Sungai Besar. Tapi di Kuala Kangsar keadaannya berlainan kerana kerjasama itu tidak berlaku. BN bertemu dengan Pas dan PAN.

INI bermakna undi pembangkang akan pecah. BN mempunyai harapan untuk menang kerana pembangkang tidak mampu bersatu kerana pertentangan ideologi dan kepentingan kepartian yang mendalam.

TANPA dukungan DAP atau PKR; tidak mungin PAN mendapat undian yang mencukupi untuk menyaingi BN. Waktu PRU13 pembangkang bersatu di bawah Pakatan Rakyat. Kini Pakatan Rakyat pecah dan Pakatan Harapan tidak diikut serta oleh Pas.

TAKDIRNYA PKR ambil sikap berke­cuali, maka undi pembangkang akan lebih buruk. Kalau PKR memihak kepada PAN, Pas akan berkecil hati dan ini boleh menjadi sebab hubungan PKR-Pas di Selangor menjadi gerhana. Politik Selangor akan goncang semula.

SEJAK dulu lagi pakatan pembangkang ini diibaratkan tidur sebantal mimpi lain-lain. Kita tunggu apa yang akan berlaku di Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Keputusan ini nanti jugalah menjadi jawapan yang mungkin terjadi dalam PRU14.

INI KALI LAH!

PAN BIN DAP

PAN sebenarnya tahu mereka tidak akan mampu mencapai kemenangan, apa yang mereka hasratkan ialah mendapat undi lebih daripada Pas. Itu sahaja matlamat mereka. Ini boleh mereka jadikan modal bagi memberitahu orang Melayu bahawa parti mereka jauh lebih hebat daripada Pas.

PAN hanya parti serpihan. Dahulu PKR boleh hidup kerana diberi laluan oleh Pas. Tetapi sekarang Pas sudah tidak lagi bersedia berbuat demikian. Oleh itu PAN terpaksa bertembung dengan Pas dalam pilihanraya. Pemimpin PAN kena sedar mereka menjadi Ahli Parlimen atau ADUN pun adalah atas tiket Pas sebelum ini.

PAN perlu mencari kerusi paling selamat. Buat masa ini tiada satu pun kerusi yang berada pada kedudukan tersebut kecuali PAN memujuk bapak mereka DAP menyerahkan kerusi mereka sebagai tanda anak beranak. Tetapi rasanya ‘mati hidup semula’ pun belum tentu DAP bersedia. Malah DAP mahu Pas pula yang berkorban menyerahkan kerusinya kepada PAN!

PAN jangan ghairah atau bermimpi untuk ‘dihadiahkan’ kerusi oleh DAP dalam pilihanraya. Yang pasti PAN bersedialah untuk diperalatkan oleh DAP seperti mana yang dialami oleh Pas sebelum ini. PAN tidak ada apa-apa keistimewaan yang harus diberi perhatian oleh mana-mana pengundi.

PAN akan ‘tenggelam’ sendiri!
Biarkan! Biarkan......

22 April 2015

TAK KAN MELAYU HILANG DI DUNIA

Bangkit lah Anak2 Melayu
Daulat Raja mu dihina
Bangsa mu dihalau
Islam mu dicabar

Begitu hina kah Bangsa ku?
Siapa mu tanpa Tanah Melayu?
TAK KAN HILANG MELAYU DI DUNIA

Bangkit lah Bangsaku!

"KITA KAN GAGAH DI NUSANTARA"

#DaulatTuanKu604
#keris2314ILMU