19 July 2012


BUTTERWORTH - Perbicaraan kes Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atas tuduhan membuat tohmahan memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka yang terkorban dalam peristiwa Bukit Kepong, ditangguhkan sehingga 29 Ogos ini.


Hakim Mahkamah Sesyen Butterworth, Ikmal Hisham Ahmad Tajuddin membuat keputusan itu setelah Timbalan Pendakwa Raya, Sohaimi Ibrahim memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak pembelaan memohon tarikh baru untuk menyambung bicara kes itu setelah rayuan mereka untukmengetepikan kes itu ditolak oleh Mahkamah Putrajaya, semalam. (klik)
Mat Sabu


No comments:

Post a Comment