17 October 2012

HATI2 DENGAN TALAM DUA MUKA...

Akhirnya Hassan Ali  mengeluarkan kenyataan yang amat mengejutkan kita semua apabila beliau terang2 menyatakan akan tetap bersama Pas walaupun beliau terus menerus membidas setiap kepincangan organisasi Pas sebelum ini beliau juga sebenarnya hanya ingin mendedahkan kepincangan yang berlaku dalam parti itu yang didakwanya hampir 75 hingga 80 peratus kepimpinannya dipengaruhi kumpulan Anwarinas.

"Saya akan tetap bersama PAS dan tidak akan menyertai Umno. Justeru, keputusan saya perlu dihormati semua pihak," katanya kepada umum selepas majlis dialog dengan penjawat awam anjuran Majlis Belia daerah di Besut, hari ini.

Beliau yang juga Presiden Jalur Tiga (JATI) menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang menuduhnya 'dibeli' Umno bagi mengadakan ceramah di pentas Umno di seluruh negara.

"Sehingga sekarang, saya berceramah adalah atas prinsip menegakkan Islam di negara ini walaupun terpaksa menggunakan belanja sendiri," katanya.

No comments:

Post a Comment