Dari Abu Abdullah An-Nu'man bin Basyir r.a. katanya : saya telah mendengar
Rasulullah SAW bersabda :
"Sesungguhnya yang halal itu terang (jelas) dan
yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat perkara-perkara
yang syubahat (tidak terang halal atau haramnya) yang tiada diketahui oleh
orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari perkara-perkara yang syubahat
itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang
yang tergelincir ke dalam perkara syubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam
perkara haram. Laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan,
yang akhirnya lalai dan masuk ia ke dalam tempat larangan itu. Adapun bagi
setiap raja sebuah tempat larangan, dan tempat larangan Allah itu adalah
perkara-perkara yang diharamkanNya. dan ketahuilah pada setiap jasad itu
seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia
rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah HATI"
|
No comments:
Post a Comment