Akhirnya Hassan Ali mengeluarkan
kenyataan yang amat mengejutkan kita semua apabila beliau terang2 menyatakan
akan tetap bersama Pas walaupun beliau terus menerus membidas setiap
kepincangan organisasi Pas sebelum ini beliau juga sebenarnya hanya ingin
mendedahkan kepincangan yang berlaku dalam parti itu yang didakwanya
hampir 75 hingga 80 peratus kepimpinannya dipengaruhi kumpulan Anwarinas.
"Saya
akan tetap bersama PAS dan tidak akan menyertai Umno. Justeru, keputusan saya
perlu dihormati semua pihak," katanya kepada umum selepas majlis
dialog dengan penjawat awam anjuran Majlis Belia daerah di Besut, hari ini.
Beliau yang juga Presiden Jalur Tiga (JATI) menyangkal dakwaan sesetengah pihak
yang menuduhnya 'dibeli' Umno bagi mengadakan ceramah di pentas Umno di seluruh
negara.
"Sehingga sekarang, saya berceramah adalah atas prinsip menegakkan Islam
di negara ini walaupun terpaksa menggunakan belanja sendiri," katanya.
|
No comments:
Post a Comment