Konsert Bersih 8T – Mengingati
tuntutan pilihanraya Bersih
Lima bulan telah berlalu sesudah
250,000 warga Malaysia bangun bergerak untuk bersama Duduk Bantah pada 28 April
2012 semasa BERSIH 3.0. Warga Malaysia telah menggunakan hak berhimpun untuk
menuntut kerajaan membersihkan dan menambah baik sistem pilihanraya.
Sayangnya, telah jelas dilihat bahawa kerajaan masih lagi berdegil dan tidak
mahu mendengar suara rakyat. 8 tuntutan BERSIH 2.0 dan 22 cadangan dari laporan
JawatankuasaPilihan Khas Parlimen (PSC) masih belum dikuatkuasakan sepenuhnya. Justeru BERSIH 2.0 akan mengadakan konsert
pada 13 Oktober di Stadium Kelana Jaya.
Ini bertujuan untuk mengingatkan
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) tentang 8 tuntutan BERSIH yang masih belum
ditunaikan.
|
No comments:
Post a Comment