|
Lumut 9 Mac 2013 – Program Lawatan kerja (Walkabout) YAB Menteri Besar Perak ke DUN
Pasir Panjang. Dalam lawatan tersebut, Menteri Besar Perak telah merasmikan Majlis
Pecah Tanah, Projek bina baru Surau Haji Lot Kg Sungai Tiram Lekir. Beliau
telah meluluskan peruntukan bagi membina surau baru yang bernilai RM400,000.
Surau tersebut lengkap dengan Seni Ukir Melayu Perak serta boleh memuatkan
sekitar 200 orang jemaah dalam satu masa. Kelengkapan juga disediakan bagi
memudahkan orang tua dan OKU.
|
|
Ucapan MB Perak |
|
|
|
Selain itu beliau juga telah
meluluskan peruntukan yang bernilai RM150,000 bagi membaikpulih Jeti Nelayan di
Ban Sungai Tiram. Jalan di Tebuk Bidan juga akan dinaik tarafkan mengikut
peruntukan yang sebenarnya nanti.
|
Perasmian Menanam Pokok Doa |
Beliau turut mengarahkan
pihak JPS membuat penilaian agar system air/ perparitan lebih mudah mengalir
dan tidak bertakung. Ini bertujuan untuk mengelakkan dari masalah banjir dan
membaiki saliran di kampung tersebut.
Seterusnya beliau juga telah
meluluskan peruntukan bernilai RM500,000 untuk membina Dewan Serbaguna Arena Square yang lengkap
berbumbung berhampiran padang
Futsal.
|
Plug Perasmian |
|
|
Plan Surau Baru |
Dalam ucapan beliau menyarankan, supaya semua
penduduk kampung ini dapat bekerjasama dan bantu membantu dalam apa juga
aktiviti dan muafakat dalam menjalinkan hubungan yang baik di kampung ini.
Beliau juga berharap supaya pihak Pejabat Tanah dapat memastikan status tanah
untuk dibuat projek perumahan untuk generasi kedua.
|
Ketua-ketua Jabatan |
|
|
Turut hadir dalam lawatan
tersebut ialah Pegawai Daerah Manjung Tn Hj Zamari bin Mohd Ramli, YDP Daerah
Manjung Dato Zamri bin Man, Pengarah KEMAS Negeri Perak En Ahmad Kamal Idris
bin Hj Nawawi, AJK UMNO 4 peringkat, Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua kampung, Penghulu
Mukim dan seluruh penduduk kampung.
No comments:
Post a Comment