UCAPAN PEGAWAI KEMAS DAERAH MANJUNG |
LUMUT – 15
Mac 2013 bertempat di Dewan Orang Ramai Kampung Spynie kayan telah diadakan
“Program Titik Sentuhan Rakyat” (PTSR). Program ini bertujuan untuk memberi
pendedahan kepada penduduk setempat agar mereka dapat merasai bahawa mereka
didekati oleh pemimpin tempatan sejajar dengan matlamat kerajaan dengan Slogan
“3P”. Dengan itu KEMAS Parlimen Lumut telah turun padang
ke akar umbi untuk menyalurkan maklumat terkini disamping memberi sedikit
sumbangan supaya mereka dapat merasai bahawa diri mereka dihargai.
BERBUAL MESRA MASYAKAT INDIA BERSAMA JKKK KAYAN
Dalam ucapan Pegawai KEMAS
Daerah pula memaklumkan bahawa Program seumpama ini adalah untuk mendekatkan
lagi golongan India
dengan Agensi kerajaan dan mereka tidak pernah dilupakan bahkan Titik Sentuhan
Rakyat ini akan sampai, walaupun berada di pendalaman.
Beliau
merasa bangga dengan kehadiran yang begitu menggalakkan dari penduduk setempat
walaupun di kampung itu hanya terdapat 40 buah rumah tetapi kehadiran penduduk
yang hampir 100 orang amat membanggakan.
|
PENYAMPAIAN SUMBANGAN |
Dimaklumkan juga bahawa
pengundi disini adalah seramai 380 orang dan mengharapkan dengan tenaga seramai
ini dapat menawan semula DUN Pasir Panjang demi Agama, Bangsa dan Negara di PRU
ke -13 nanti.
Beliau berkata” Saya juga
merasa gembira dapat berjumpa dengan pemimpin-pemimpin kampung ini, Ahli
jawatankuasa serta penduduk yang begitu perihatin dengan program, dan menerima
baik kunjungan pihak kami untuk mengadakan program ini. Sejajar dengan matlamat kerajaan
agar agensi turun ke kampung-kampung menyelami perasaan rakyat hingga ke akar
umbi”.
SEMANGAT HADIR BERSAMA WALAUPUN UZUR |
Tegas beliau lagi ” Saya mengharapkan penduduk kampung ini dapat terus
menyokong kepimpinan yang ada sekarang yang jelas telah banyak memberi peluang
dan ruang kepada kita semua dan bersyukur kerana negara Malaysia sebuah negara
yang berbilang kaum yang hidup aman dan bebas dari segala ancaman.
Akhir sekali beliau merakam kan setinggi terima kasih kepada ketua MIC dan
Jawatankuasa kerana telah memberi kerjasama dalam program Titik Sentuhan Rakyat
ini.
KETUA MIC KAMPUNG SPYNIE |
No comments:
Post a Comment