LUMUT – 13 April 2014 – Perlantikan Ketua Kampung masih
hangat diperkatakan oleh kebanyakan kampung yang rasa tidak puas hati dengan
perlantikan yang telah direstui oleh Menteri Besar Perak.
Tidak
ketinggalan dengan Bahagian Lumut ini
iaitu di Kampung Sitiawan telah berlaku satu Demonstrasi tunjuk perasaan dan
telah membuat sidang akhbar bersama Sinar, sebaik sahaja selepas Mesyuarat
Cawangan Kampung Sitiawan bersidang.
Dari sumber
yang pasti Mantan Ketua Kampung bersama AJK JKKK kampung tersebut merasa tidak
puas hati diatas perlantikan ketua kampung yang baru disebabkan beliau bukan
anak tempatan dan perlantikan tersebut tidak mengikut nama yang telah
dicadangkan/senarai oleh penduduk kampung.
Mereka merasa
amat kecewa sehingga ujudnya kain rentang dimerata tempat dikampung dengan
slogan
1. " Kami
tidak sokong ketua kampung baru. bukan pilihan kami, pilihan UMNO Bahagian
Lumut & bukan anak tempatan Kg Sitiawan".
2. " Kami mahu Ketua Kampung baru anak
tempatan"
3. " Ketua Kampung baru bukan calon kami dan bukan
anak tempatan".
4. " Pemuda tolak Ketua Kampung baru, bukan anak
tempatan & bukan pilihan pemuda
cawangan. pilihan UMNO Bahagian Lumut".
Ini amat membimbangkan kerana peti undi untuk Daerah Mengundi
Kg Sitiawan tewas kepada pembangkang (PAS) pada PRU 13 yang lalu dan ianya akan
meninggalkan kesan yang buruk lagi apabila Mantan Ketua Kampung (merupakan
Ketua Cawangan) menyatakan hasrat hati nya bersama AJK JKK untuk membubarkan
cawangan mereka kerana UMNO Bahagian Lumut masih berdiam diri setelah
berlakunya kontrovesi ini, seolah-olah
perkara ini tidak mendatangkan kemusnahan UMNO Bahagian Lumut sendiri.
Menurut Mantan Ketua Kampung, beliau tidak menyalahkan
ketua UMNO Bahagian Lumut merangkap Menteri Besar Perak tetapi rasa kecewa
dengan pihak pengurusan di Bahagian Lumut itu sendiri kerana tidak berbincang
dengan penduduk Kampung beliau untuk mendapat restu dan persetujuan, dimana
mereka juga telah mencalonkan 2 orang penduduk anak tempatan sebagai Ketua
Kampung sebaliknya UMNO Bahagian Lumut telah melantik orang yang bukan penduduk
tempatan yang tiada dalam senarai.
Tegas beliau lagi ” Sekiranya Menteri Besar tidak
bertindak untuk menyelesaikan masalah dan pergolakan ini, saya dan AJK JKKK
sanggup untuk membubarkan UMNO Cawangan ini”
Kata-kata ini telah disokong oleh ahli mesyuarat Cawangan
Kg Sitiawan.
Beliau mohon supaya dibuat undian di Kampung Sitiawan
untuk lantikan semula seandainya UMNO Bahagian Lumut ini TELUS.
Ujud nya kebimbangan dimana Daerah Mengundi Kg Sitiawan
ini adalah berstatus Hitam. Peti Undi kalah dengan majoriti 375 dimana PAS
telah berjaya menawan dengan 1,940 undi berbanding dengan BN 1,565 undi.
Krisis yang demikian tidak boleh dipandang mudah kerana
dikuatiri pihak pembangkang mengambil kesempatan diatas kelemahan pihak pengurusan
di peringkat UMNO Bahagian Lumut.
No comments:
Post a Comment