Bantuan Rakyat 1
Malaysia (BR1M) merupakan bantuan tanda keperihatinan kerajaan Barisan Nasional
dalam usaha untuk membantu meringankan kenaikan kos sara hidup rakyat.
Sesungguhnya dasar
kerajaan yang memperuntukkan sejumlah perbelanjaan Negara untuk rakyat amatlah
dipuji tetapi akibat kegagalan sistem, ianya banyak menyusahkan rakyat dan ini
membuatkan rakyat membenci kerajaan kerana terlalu banyak kecelaruan dalam sistem
dan birokrasi.
Sejak penerimaan BR1M
ini diberikan kepada pemohon yang layak mengikut data yang pemohon sertakan, penduduk
di bahagian Lumut ramai memperkatakan mengenai isu BR1M 3.0 yang tidak adil.
Rasa ketidakpuasan
hati mereka mengenai kebanyakan pemohon yang berjaya menerima BR1M adalah
golongan yang berada dan berkemampuan yang pendapatan mereka melebihi dari
syarat yang dibenarkan.
Mereka terdiri dari
golongan kontraktor dan peniaga-peniaga sendiri atas alasan mereka tidak
mempunyai slip gaji dan pendapatan mereka boleh diubah. Sebalik nya pula
pekerja dalam sektor awam dan swasta tidak layak menerima BR1M disebabkan
mempunyai slip gaji yang membuktikan pendapatan mereka.
Penduduk bahagian
Lumut mohon pihak kerajaan membuat kajian semula. Sebaik nya supaya
menghapuskan BR1M dan berikan subsidi pada barangan keperluan harian. Ini lebih
ADIL…
No comments:
Post a Comment