17 March 2013

1 Million Women Purple Walk Dan Majlis Pelancaran 1 Malaysia Komuniti Perwani



LUMUT – 17 Mac 2013 bermula jam 7.00 pagi bertempat di Marina Wings Lumut telah berlangsung nya Program 1 Million Women Purple Walk Dan Majlis Pelancaran 1 Malaysia Komuniti Perwani. Dataran Marina Wings telah dibanjiri dengan kehadiran seramai 2,000 orang peserta yang berbilang bangsa. Ini amat membanggakan.
Yang Amat Berhormat Dato' Seri Kong Cho Ha Menteri Pengangkutan Malaysia, Merangkap Ahli Parlimen Lumut telah berkenan merasmikan program tersebut.





Program tersebut bertujuan Menyemarakkan Gaya Hidup Sihat dikalangan Wanita-Wanita Malaysia. Pengisian dalam program tersebut adalah dengan bermulanya berjalan dari Dataran Marina Wings hingga lah ke Dataran hadapan Jeti Lumut kemudian peserta telah mengikuti Senamrobik bersama Ahli Keluarga dan orang ramai. Ini juga bertujuan agar dapat menambah baik kesihatan dan dapat merapatkan hubungan sesama ahli keluarga.






Selain itu harapan yang besar terhadap wanita-wanita seluruh Malaysia supaya Wanita perlu berdiri teguh pada pasukan pertahanan di Sabah. dan berdoa agar mereka sentiasa dalam keadaan selamat dalam usaha mempertahankan keselamatan negara.
Ianya juga bagi menunjukkan Perpaduan Wanita Malaysia keatas komitmen kerajaan sebagai tanda sokongan dan penghargaan diatas usaha kerajaan dalam memertabat dan memperkasakan wanita di negara Malaysia. Menyatakan bahawa Wanita Malaysia adalah setaraf dengan lelaki melalui pindaan perlembagaan perkara 8 (2)Tidak Membenarkan Diskriminasi Yang Berasaskan Gender.







Turut Hadir Yang Berbahagia Tuan Haji Zamari Bin Mohd Ramli Pegawai Daerah Manjung, Yang Berbahagia Dato' Zamri Bin Man Dipertua Majlis Perbandaran Manjung, Yang Berbahagia Laksamana Pertama Abd Aziz Bin Md Sani Panglima Bantuan, Markas Bantuan TLDM, Lumut, Yang Dihormati Toh Muda Orang Kaya-Kaya Panglima Kinta Seri Amar Bangsa Diraja Dato' Abdul Wahab Bin Dato' Seri Azizul Hassan Orang Besar Jajahan Manjung, Ketua-Ketua Jabatan Seluruh Daerah Manjung dan orang ramai dari semua Agensi, NGO dan semua lapisan masyrakat Daerah Manjung  

Diharap Program seumpama ini dapat diadakan lagi setiap tahun kerana ianya banyak memberi Impak yang besar kepada semua kaum dan masyarakat setempat.    

No comments:

Post a Comment