17 March 2013

PROGRAM TITIK SENTUHAN RAKYAT KAUM INDIA



UCAPAN PEGAWAI KEMAS DAERAH MANJUNG
                               
LUMUT – 15 Mac 2013 bertempat di Dewan Orang Ramai Kampung Spynie kayan telah diadakan “Program Titik Sentuhan Rakyat” (PTSR). Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada penduduk setempat agar mereka dapat merasai bahawa mereka didekati oleh pemimpin tempatan sejajar dengan matlamat kerajaan dengan Slogan “3P”. Dengan itu KEMAS Parlimen Lumut telah turun  padang ke akar umbi untuk menyalurkan maklumat terkini disamping memberi sedikit sumbangan supaya mereka dapat merasai bahawa diri mereka dihargai.



SEBAHAGIAN DARI KEHADIRAN 
 

Program tersebut telah dihadiri oleh Ketua MIC En R. Vikneswaran a/l Ragasami dan Jawatankuasa Cawangan Kampung Spynie, Ketua Wanita cawangan dan seluruh penduduk kampung tersebut. Turut hadir dalam program tersebut ialah Pegawai KEMAS Daerah Manjung En Nor Heazi Aswal bin Hj Norbani, Penyelia Kanan, Penyelia-penyelia dan Pemaju Masyarakat KEMAS Parlimen Lumut. Ketua MIC Cawangan telah mengalu-alukan kehadiran Pegawai KEMAS Daerah dan kakitangan  juga kepada semua jemputan yang hadir.


BERBUAL MESRA MASYAKAT INDIA BERSAMA JKKK KAYAN      
 
Dalam ucapan Pegawai KEMAS Daerah pula memaklumkan bahawa Program seumpama ini adalah untuk mendekatkan lagi golongan India dengan Agensi kerajaan dan mereka tidak pernah dilupakan bahkan Titik Sentuhan Rakyat ini akan sampai, walaupun berada di pendalaman.             Beliau merasa bangga dengan kehadiran yang begitu menggalakkan dari penduduk setempat walaupun di kampung itu hanya terdapat 40 buah rumah tetapi kehadiran penduduk yang hampir 100 orang amat membanggakan.
PENYAMPAIAN SUMBANGAN


Dimaklumkan juga bahawa pengundi disini adalah seramai 380 orang dan mengharapkan dengan tenaga seramai ini dapat menawan semula DUN Pasir Panjang demi Agama, Bangsa dan Negara di PRU ke -13 nanti.
Beliau berkata” Saya juga merasa gembira dapat berjumpa dengan pemimpin-pemimpin kampung ini, Ahli jawatankuasa serta penduduk yang begitu perihatin dengan program, dan menerima baik kunjungan pihak kami untuk mengadakan program ini. Sejajar dengan matlamat kerajaan agar agensi turun ke kampung-kampung menyelami perasaan rakyat hingga ke akar umbi”.
 

SEMANGAT HADIR BERSAMA WALAUPUN UZUR


Tegas beliau lagi ” Saya mengharapkan penduduk kampung ini dapat terus menyokong kepimpinan yang ada sekarang yang jelas telah banyak memberi peluang dan ruang kepada kita semua dan bersyukur kerana negara Malaysia sebuah negara yang berbilang kaum yang hidup aman dan bebas dari segala ancaman.
Akhir sekali beliau merakam kan setinggi terima kasih kepada ketua MIC dan Jawatankuasa kerana telah memberi kerjasama dalam program Titik Sentuhan Rakyat ini.

KETUA MIC KAMPUNG SPYNIE

No comments:

Post a Comment