13 March 2013

PROGRAM WALKABOUT MB PERAK KE BATU 15 LEKIR

                                         


Lumut 9 Mac 2013 – Program Lawatan kerja (Walkabout) YAB Dato’ Seri Diraja Menteri Besar Perak ke DUN Pasir Panjang di Kampung Bt 15 Lekir. Dalam majlis tersebut, Menteri Besar Perak telah membuat penyerahan Kunci Rumah Bantuan Yayasan Bina Upaya (YBU) dan Penyerahan Microkredit YBU  kepada 6 orang yang layak menerimanya .

UCAPAN MB PERAK
Dalam ucapan beliau berkata” Masyarakat kini sudah pandai menilai apa yang telah kerajaan lakukan terhadap keperluan rakyat berbanding dengan pihak pembangkang yang hanya menabur janjji dan manifesto, yang mana dalam PRU 2008 pun masih belum terlaksana dan menampakkan yang mereka hanya berjanji dan gagal menunaikan janji.”


UCAPAN PENGERUSI JKKK BATU 15 LEKIR
                                                         
BANTUAN RUMAH YBU
 Tegas beliau lagi “ Lihat sahaja pada kemudahan jalanraya yang telah disediakan dan sangat baik berbanding dahulu. Begitu juga jejantas yang telah di bina dihadapan sekolah Kebangsaan Bt 10 Lekir untuk kemudahan kanak-kanak sekolah dan ibubapa melintas telah pun terlaksana.”


Selain itu bantuan Ibu tunggal, peniaga dan baiki bumbung rumah telah pun dinikmati oleh mereka yang layak. Begitu juga dengan bantuan ubat-ubatan dan rawatan dengan ujudnya Klinik 1 Malaysia, serta berbagai lagi kemudahan diberi kepada rakyat dalam slogan                                  “Janji Di Tepati”

 Diakhir ucapan beliau menegaskan dan mohon kepada semua pengundi supaya memberi sokongan yang padu dan tidak berbelah bagi kepada kerajaan Barisan Nasional dalam PRU ke-13 ini.

PENYERAHAN KUNCI BANTUAN RUMAH
 Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Pegawai Daerah Manjung Tn Hj Zamari bin Mohd Ramli, YDP Daerah Manjung Dato Zamri bin Man, Pengarah KEMAS Negeri Perak En Ahmad Kamal Idris bin Hj Nawawi, AJK UMNO 4 peringkat, Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua kampung, Penghulu Mukim dan seluruh masyarakat setempat.




No comments:

Post a Comment