4 April 2014

BR1M MENGECEWAKAN RAKYAT!!!

Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) merupakan bantuan tanda keperihatinan kerajaan Barisan Nasional dalam usaha untuk membantu meringankan kenaikan kos sara hidup rakyat.

Sesungguhnya dasar kerajaan yang memperuntukkan sejumlah perbelanjaan Negara untuk rakyat amatlah dipuji tetapi akibat kegagalan sistem, ianya banyak menyusahkan rakyat dan ini membuatkan rakyat membenci kerajaan kerana terlalu banyak kecelaruan dalam sistem dan birokrasi.

Sejak penerimaan BR1M ini diberikan kepada pemohon yang layak mengikut data yang pemohon sertakan, penduduk di bahagian Lumut ramai memperkatakan mengenai  isu BR1M 3.0 yang tidak adil.

Rasa ketidakpuasan hati mereka mengenai kebanyakan pemohon yang berjaya menerima BR1M adalah golongan yang berada dan berkemampuan yang pendapatan mereka melebihi dari syarat yang dibenarkan.

Mereka terdiri dari golongan kontraktor dan peniaga-peniaga sendiri atas alasan mereka tidak mempunyai slip gaji dan pendapatan mereka boleh diubah. Sebalik nya pula pekerja dalam sektor awam dan swasta tidak layak menerima BR1M disebabkan mempunyai slip gaji yang membuktikan pendapatan mereka.

Penduduk bahagian Lumut mohon pihak kerajaan membuat kajian semula. Sebaik nya supaya menghapuskan BR1M dan berikan subsidi pada barangan keperluan harian. Ini lebih ADIL…

No comments:

Post a Comment