6 April 2014

MH370 DIMANA KEAJAIBAN NYA???

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia....

Berapa ramai yang pernah dengar nama “Diego Garcia” sebelum ini. Aku jujur hanya dengar perkataan “Diego Garcia” selepas tragedi MH370 pada 8/3/14. Memang banyak ilmu baru aku belajar daripada peristiwa ini kerana setiap hari ada sahaja ilmu baru yang dikongsikan dalam berita terkini MH370.

Diego Garcia sebahagian daripada British Indian Oceon tanah jajahan British sebuah pulau terletak di tengah-tengah Lautan Hindi. Tanah daratan yang paling hampir adalah Selatan India iaitu kira-kira 1,790 km lokasi paling strategik menguasai dunia.

Amerika mula membina pengkalan tentera bermula pada tahun 1971 dan meningkatkan kemudahan berperingkat sehingga menjadi pengkalan yang canggih. Menjadi pusat serangan ke atas Teleban di Afghanistan dan perang teluk sehingga sekarang. Semua penduduk di sini telah dipindahkan yang tinggal hanya warga Amerika dan British yang bertugas di pengkalan ini. Memang sangat rahsia pengkalan tentera di Diego Garcia ni dah macam pengkalan Dajjal pulak.                                                             


Nama Diego Garcia memang bermain di sosial media apabila bercerita tentang teori kospirasi kehilangan misteri MH370 sehingga kini tidak jumpa jejak. Terbaru berkitar di dunia internet kisah Jurutera IBM Malaysia, Philip Wood yang telah menghantar pesanan bantuan melalui iPhone 5 kepada sebuah forum mengatakan dia ditahan di Diego Garcia.

Memang misteri sebuah pesawat yang canggih boleh hilang begitu sahaja dari radar dari lokasi yang sangat unik. Pendapat peribadi aku tapi ini bukan spekulasi pesawat MH370 telah dihilangkan oleh kumpulan orang yang sangat pakar atas sebab-sebab tertentu. Memang tidak mustahil kalau MH370 berada di Diego Garcia tetapi siapa yang boleh buktikan bahawa Philip Wood sememangnya ditahan di sana.

Ada juga yang kata Diego Garcia adalah pusat kerajaan Dajjal yang berada ditengah-tengah lautan dibina oleh askar-askar Dajjal untuk mengusai dunia. Kalau kita rajin membaca dan mendengar kuliah ustaz-ustaz memang ceritanya kerajaan Dajjal beroperasi ditengah lautan. Diego Garcia yang dibina dengan penuh rahsia di kepuluan kecil di tengah-tengah Lautan Hindi pasti ada sebabnya bukan sekadar untuk menyerang Afghanistan dan Iraq sahaja.

Dunia akhir zaman semakin hampir kepada penghujungnya askar-askar Dajjal sedang bermaharajalela mengusai minda manusia sehingga yakin yang salah itu betul dan yang betul itu salah. Mungkin Diego Garcia sebahagian daripada projek HAARP mereka dan MH370 antara yang dipilih. Apa pun mari kita sama-sama terus berdoa dan kongsikan kata-kata motivasi untuk MH370 di SINI. Teruskan beramal semuga kita terhindar dari fitnah Dajjal.

1. Imam Ahmad berkata :”Daripada Abi Darda’ daripada Nabi SAW, baginda telah bersabda: “Sesiapa menghafaz sepuluh ayat daripadanya permulaan surah al-Kahfi,maka terhindar daripada Al-Dajjal.” [ Riwayat Muslim,Abu Daud,Al-Nasa'i,Al-Tarmizi daripada Qatadah ]

2. Imam Ahmad berkata : ”Daripada Abi Al-Darda’i, Nabi SAW bersabda : “Sesiapa membaca sepuluh ayat akhir daripada surah Al-Kahfi,maka terhindar daripada fitnah Al-Dajjal.” [ Hadis Riwayat Muslim dan Al-Nasa'i ]

Terlalu banyak dosa yang dilakukan oleh pihak yang hanya pandai memutar belitkan fakta, kerana itu aku terpanggil untuk menulis disini. 

Hakikat nya yang harus kita semua terima adalah " YANG BAIK ITU DATANG NYA DARI ALLAH SWT, DAN YANG BURUK ITU DARI KELEMAHAN DIRI KITA SENDIRI"


No comments:

Post a Comment