11 April 2014

MENTERI KPDNKK BAPA ANGKAT UMNO BAHAGIAN LUMUT

LUMUT- 10 April 2014 - UMNO Bahagian Lumut berbangga dengan kehadiran Bapa Angkat kepada UMNO Bahagian  Lumut Menteri KPDNKK, YB Dato Sri Hasan bin Malek dalam Lawatan beliau ke Banggunan UMNO Bahagian Lumut dan Majlis Hi Tea di Ritz Garden Hotel. Sambutan telah diadakan secara bersantai tetapi meriah. 
Menteri KPDNKK, YB Dato Sri Hasan Malek
 Dalam ucapan YB Dato Sri  Hasan mengucapkan terima kasih dan menghargai kehadiran semua kerana meluangkan masa untuk bersama-sama beliau. Beliau mohon kepada semua supaya kekalkan pemerintahan Barisan Nasional dan UMNO adalah benteng kepada kemenangan PRU. 

Tegas beliau lagi " UMNO juga tunjang kemenangan orang-orang melayu sebab melayu perjuangkan agenda nasib melayu".
Diakhir ucapan beliau menasihati semua supaya jangan menjadi Duri Dalam Daging, Gunting Dalam Lipatan dan Musuh dalam Selimut kerana ini mengakibatkan kemusnahan dan kehancuran UMNO itu sendiri. 

Segalanya bergantung kepada perpaduan antara kita sesama melayu. Perpecahan bangsa melayu kerana terdapat nya orang-orang seperti yang dinyatakan tadi.


YB Rashidi mengalu-alukan kehadiran YB Dato Sri Hasan 
Kehadiran beliau telah disambut baik oleh YB Rashidi Ibrahim ADUN Pasir Panjang, Naib Ketua UMNO Bahagian Lumut En Azri bin Jaafar dan AJK UMNO 4 Sayap. Tidak ketinggalan juga meraikan kehadiran beliau ialah ketua-ketua Cawangan 4 sayap di Bahagian Lumut ini. 
Setiausaha UMNO Bahagian Lumut (Pengacara Majlis)
VIP Yang Turut Hadir
AJK UMNO Bahagian Lumut dan Ketua-ketua Cawangan
AJK Wanita, Puteri Dan ketua-ketua wanita/Puteri Cawangan
Setiausaha Menteri KPDNKK dan Pengiring
Menteri KPDNKK
 
Lawatan ke Pejabat UMNO Bahagian Lumut
Perbincangan bersama YB Rashidi dan AJK UMNO Bahagian Lumut
Turut sama dalam perbincangan Naib Ketua UMNO Bahagian Lumut En Azri Jaafar

No comments:

Post a Comment