Siapa saja yang mendengar keseluruhan ucapan , bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin masa ceramahnya di Lembah Sayong,Kuala Kangsar Selasa lalu dapat mendengar dengan jelas kata-katanya yang mengurus hati keluarga Allayarhanm Datuk Wan Khairil Anuar.
Kata-katanya termasuk mengambarkan Datin Mastura Yazid seolah dipaksa oleh UMNO bertanding ketika kesedihan kematian suami dan "Allah mahu orang Kuala Kangsar 'mengajar' BN menerusi PRK Kuala Kangsar’ ekoran tragedy nahas helikopter tidak boleh dipadam begitu saja.
Nizar Khamis keluar kenyataan memohon maaf sekiranya kata-katanya di ceramah itu gurus hari keluarga Alahyarham bekas Ahli Parlimen Kuaka Kangsar setelah dikecam pelbagai pihak.
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jering itu, bagaimanapun, tetap menyalahkan media yang didakwa menyalahtafsir ucapannya.
Beliau beri alasan "Dalam muqadimah ceramah tersebut, saya telah meminta hadirin membaca surah Al-Fatihah untuk disedekah kepada Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.
"Saya juga dengan panjang lebar telah mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat serta dikurniakan kesabaran dan kekuatan iman kepada seisi keluarga.
"Namun, laporan media keesokkannya telah sengaja membuat telahan dan tohmahan dan andaian yang salah dan jauh terbabas dari niat dan maksud sebenar."
Beliau jelas cuba sulam ‘ naiwaitu politik’ dicelah konon luahan simpati itu.
Soalnya kenapa beliau cuba cetus keraguan mengenai pemilihan Mastura bertanding serta membangkitkan seolah tragedi nahas helikopter satu ketentuan untuk tujuan politik bagi ‘mengajar’ BN menerusi dua pilihanraya kecil di Kuala Kangsar dan Sungai Besar.
Jika beliau berniat ikhlas beliau sepatutnya menyuarakan simpati itu tanpa mengaitkan apa yang bernada politik.
Turut hadir di ceramah yang tidak ramai dihadiri orang malam itu ialah Presiden Amanah Mat Sabu.
Nizar, yang juga Timbalan Pengerusi Amanah Perak, berkata permohonan maaf itu adalah tidak bersyarat dan ia merupakan tanda keluruhan hati beliau yang bersimpati atas ketentuan Allah.
"Sebagai seorang suami dan bapa saya juga dapat merasai dan menjiwai serta merasakan kesedihan yang teramat sangat yang ditanggung oleh seisi keluarga," katanya.
Sementara itu Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berkata Nizar perlu membuktikan beliau ikhlas meminta maaf kepada keluarga Allahyarham Wan Mohamad Khairi-il Anuar Wan Ahmad bukannya menyalahkan media kononnya tersalah lapor kenyataannya berhubung tragedi yang menimpa bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar itu.
Katanya adalah sesuatu yang baik apabila individu yang berbuat salah memohon maaf tetapi apabila menyalahkan pihak lain pula, ia membuka cerita baharu.
Menurut Razali sebagai orang Islam, adalah tidak patut perkara berkaitan Qada dan Qadar Tuhan dijadikan bahan kempen.
“Manusia kalau dah terlebih seronok, kerja Tuhan pun dia nak buat. Sepatutnya kita kena ambil ikhtibar mengenai Qada dan Qadar dan sebab sebaliknya sesuatu yang berlaku,” katanya kepada media di majlis makan durian di PDM Kampung Talang Masjid, Kuala Kangsar Khamis.
Mengulas lanjut, Razali berkata, Nizar sepatutnya berpegang kepada peribahasa, terlajak perahu dapat undur, terlajak kata buruk padahnya.
“Saya tengok (rakaman) ceramah itu walaupun tidak ada di situ, saya rasa semua orang tahu dan dengar apa beliau cakap. Kalau sudah minta maaf, tunjuk keikhlasan tetapi maaf bersyarat dengan menyalahkan media pula, ianya tidak akan menyelesaikan masalah,” ujarnya.
Beliau berkata, Nizar patut fikir hati dan perasaan mangsa dan insiden itu bukan ujian kepada Barisan Nasional (BN) tetapi juga boleh berlaku kepada PAS dan PAN.
PRK Kuala Kangsar akan diadakan pada 18 Jun ini berikutan kematian Anggota Parlimennya Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas.
No comments:
Post a Comment