22 August 2016

SENARIO BN MASAKINI

ADA BERANI!

SENARIO menunjukkan BN yang dipimpin Datuk Seri Najib tidak tergugat meskipun Perdana Menteri itu dibelenggu dengan isu khususnya; 1MDB. Dilihat kecenderungan dan kecondongan para pengundi di negara ini pada kerajaan BN adalah banyak dari pengundi kampung.

PENGARUH undi mereka lebih besar daripada pengundi bandar untuk BN/UMNO. Pengundi kampung payah untuk ‘hadam’ dengan cerita DoJ Amerika Syarikat yang dikaitkan dengan 1MDB.  Isu itu tidak ‘dekat’ dengan kehidupan mereka.

KELIHATAN sekarang ini parti pembangkang dalam keadaan kucar-kacir tambahan de­ngan ujudnya parti baru. Parti baru itu agak payah untuk menghubungkan Dr. Mahathir dengan Dr. Wan Azizah; kerana Dr.Mahathir pernah ‘menyumbat’ suami Presiden PKR itu ke dalam penjara. Wan Azizah pun cuba mengelak daripada hadir dalam majlis melibatkan Dr. Mahathir, kecuali jika program diadakan oleh Muhyiddin.

CABARAN pembangkang sekarang ini ialah soal pembahagian kerusi. Apakah PKR dan PAN sanggup untuk memberikan kawasan mereka kepada parti yang baru ditubuhkan itu? Di kawasan-kawasan tertentu Pas masih mempunyai pengaruh, dan jika parti pembangkang tidak mencapai kata sepakat, maka lebih banyak kawasan menyaksikan pertembungan tiga atau empat penjuru, sekali gus memberi kelebihan kepada BN khasnya UMNO.

DALAM pertandingan melibatkan beberapa penjuru, pengundi Cina dilihat cenderung beralih kepada BN seperti PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar baru-baru ini. Parti PKR pun tidak sokong DAP untuk adakan pilihan raya Pulau Pinang, kerana parti itu risau akan kalah di tangan UMNO. PKR tahu mereka tidak mendapat banyak sokongan dari kawasan kampung. Hubungan PKR dengan DAP kini pun kian renggang.

ADA YANG DAH TAKUT!

No comments:

Post a Comment